Thursday, 10 March 2011

~Runtuhnya Masjid Al-aqsa~

Bila ckp pasal Masjid Al-Aqsa.. mesti x semua kita tau mcm mana rupa bentuk masjid tu kn? emmm.. mgkn ada d antara kita pernah tgk. seperti gmbr yg d bawah.

tp yg kat atas ni bukan gmbr masjid Al-Aqsa.. tp Masjid Qubbat AsSakhrah. mmg itulah kenyataanya. kalu kita baca newspaper ker, tgk berita ker... mesti gmbr masjid yg d atas yg kena tayangkn.. emm... Permainan MEDIA? LOL~ Seperti yg aku tgk d arrival kita telah di tipu utk menganggap sedemikian kerana apabila Masjid Al-Aqsa yg sebenar di hancurkan, kita langsung x kan tahu..

Yang ini baru la MASJID AL-AQSA yg sebenar.


Kita sedia tahu.. bahawa Yahudi sdg menggali terowong secara berterusan di bawah halaman masjid Al-Aqsa dan kawasan-kawasan sekelilingnya, dengan alasan mencari Haikal Sulaiman yang didakwa. Dan kerja kerja ini lama-kelamaan akan menyebabkan runtuhnya Masjid Al-Aqsa. & apabila runtuhnya Masjid Al-Aqsa itu merupakan penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat. Allah tidak akan mengizinkan tanda-tanda besar Kiamat datang sebelum berbagai tanda kecil Kiamat telah habis kemunculannya. dan kita mesti ingat, apabila Masjid Al-aqsa runtuh. Imam Mahdi akan muncul. sudah bersedia kh kita menghadapi TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR? sudah sedia kah kita menghadapi Al-Masih Dajjal? Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar,
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)
...wallahualam.. aq hanya slg ingat mengingati.. kalu ada salah information, sila tegur ya.. salam~

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

1 comment:

~KOMEN BUDAK BAIK~