Wednesday, 27 April 2011

SAHABAT DAN KAWAN?


Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat?

Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kita ketahui, yang kita lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kita miliki persamaan, dan kita berasa gembira ketika bersamanya. Ia juga adalah orang yang dapat kita undang ke rumah dan dengannya kita bergurau. Namun, kita tidak akan memberikan hidup kita kepada mereka kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka susah hendak di fahami kerana kita kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kita cintai. Bukan kerana kita jatuh cinta padanya, namun kita mengambil berat tentang dirinya, dan kita memikirkannya ketika dia tiada di sisi. Sahabat adalah orang yang kita ingat ketika kita melihat sesuatu yang mereka sukai kerana kita amat mengenali diri mereka. Mereka adalah orang yang gambarnya kita miliki dan wajahnya selalu bermain di dalam benak. Mereka adalah orang yang kita lihat dalam fikiran ketika kita mendengar lagu kegemarannya. Mereka membuat diri kita berdiri untuk menghampiri mereka apabila kita ternampak mereka, mungkin mereka pernah memijak jari kaki kita atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahu.

Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kita merasa tenang ketika bersama kerana kita tahu mereka mengambil berat terhadap kita. Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabar kita, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasan pun. Mereka berkata benar - pertama kali - dan kita melakukan hal yang sama. Kita tahu bahawa jika kita memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar. Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakan kita atau menyakiti kita, dan jika mereka benar-benar menyakiti kita, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.

Mereka adalah orang-orang yang kita cintai dengan sedar ataupun tidak. Mereka adalah orang-orang dengan siapa kita menangis. Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama utk memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri. Lihatlah sekeliling kita sekarang. Lihatlah di mana sahabat kita berada? Agaknya sampai bila kita akan bersama dgn sahabat kita? Ingatlah sahabat ialah orang yg paling istimewa lebih2 lagi sahabat sejati. Janganlah kita selalu menyakiti sahabat kita, sebab kita mungkin fikir yg sahabat kita diciptakan dari batu. Tapi akhirnya kita tersedar yg sahabat kita tercipta dari pasir. Jagalah hati sahabat kita. Kerana sahabat datang sekali seumur hidup. Tapi kawan akan datang bersilih ganti. Sahabat tidak akan meminta makanan dari kita, tapi sahabatlah penyebab kita tidak ada makanan.

Huh. Jiwang abis ni. Heheh. aq pun sebenarnya masih mencari-cari sahabat sejati. Aq pusing kiri pusing kanan. X jumpa juga jumpa. Susah juga ya nak cari. Maybe niat aq pun x betul kowt. emmm... Memang betul la, kawan memang senang di cari. Tapi sahabat satu dalam seribu.

1 comment:

~KOMEN BUDAK BAIK~