
emmm.. bulan mei ni ja dah 4 kali aq tgk wayang... Seru,Fast n Furious,Kongsi dan hari ni aq tgk filem NUR KASIH THE MOVIE.. huh.. ok sblm aq mula cerita psl film ni i want to share dgn korg something dulu.. sblm aq tgk nur kasih the movie ni, 5 hari aq bersengkang mata tgk ni drama balik d utube... oleh sbb aq x pernah tgk drama ni dulu, so ia mestilah suatu kewajipan utk aq menonton semula drama ni jika hendak menonton Nur Kasih The Movie ni nanti. huhu... memang best gila2..
aq tgk ni movie bersama dgn Aripin dan kakaknya.. Apiez,Islah,Fikree dan Nazreen plak tgk Pirates Of Carribean 4. semasa membeli popcorn kitorg terserempak dgn Xian Lee dan Azrul. dorg pun tgk cerita Nur Kasih. so d pendekkan cerita kami pun masuk ke dalam panggung dan duduk di seat yg paling depan .. uhu.. (time beli tiket tggl dua baris depan jak kosong.yg len FULL). ok... aq nak ceritakan kat korg skrg ni, apa yg aq faham tentang film NUR KASIH ni.

(bg mereka yg rasa2 nak tgk movie ni kat wyg, better jgn baca la post aq ni.sbb ia akan menspoilkan mood korg nanti..hehe)
opening cerita kita dah di tayangkan dgn beberapa babak yg di petik dari drama Nur kasih utk mengingatkan semula tntg kisah cinta Adam & NurAmina. kalau dramanya dulu ia berkisarkan tentang cinta tiga segi antara Adam,Nur & Aidil. tapi utk film ni pula ia mengenai cinta Adam dan Nur terhadap Allah s.w.t. masa semakin sempit,masih banyak yg belum di ceritakan. sudah sebulan Aliya iaitu isteri Aidil meninggal dunia. mereka sempat melahirkan dua cahaya mata iaitu Ilyas dan Mariam(dua watak kanak2 yg sgt comel..huhu) di awal cerita, suasana sedih diselebungi oleh keluarga Adam. Aidil masih teringat saat2 manis bersama dgn isterinya. kemudian selang beberapa hari berita gembira tentang Nur sudah mengandung menyemarakkan suasana gembira di rumah Mak Jah. adam skrg membuka pusat yayasan utk remaja dan kanak2 (emmm... mcm madrasah pun ndak, sbb ia tempat remaja2 yg rosak mau kembali ke pangkal jalan). Nur pown masih bergelar arkitek dan bekerja dgn Adam. tetapi malangnya, kandungan Nur gugur. kekecewaan menyelubungi mereka. Adam tertanya-tanya kenapa ujian masih tak henti2 menimpanya. kemudian Nur dan Adam pergi bermuhasabah diri dgn menunaikan haji. semasa di sana, adalah beberapa scene yg menarik menunjukkan saat2 manis nur dan adam. pada satu hari semasa menaiki keretapi menuju ke jordan, keretapi yg di naiki oleh Adam dan Nur itu meletup. Adam dan Nur cedera ringan saja. tp cincin nur hilang dan Adam pergi cari cincin nur semula di tempat kejadian hari tu.
kemudian adam x balik2, lalu Nur menelefon Aidil utk dtg ke sana membantu Nur mencari Adam. akhirnya Nur pun berjumpa dgn Adam di satu rumah org arab dlm keadaan cedera. Adam pun menyarungkan cincin itu d tgn nur.(romantik & sedih time ni) kemudian mereka pun sudah balik ke malaysia. Adam tetiba ja disahkn mendapat penyakit yg kritikal. semasa letupan d mumbai dulu ada peluru di dalam badan adam. tetapi dulu ia tak membahayakn. tetapi skrg peluru tu semakin dekat dgn jantung dan ia akan melemahkn tubuh bdn adam seterusnya membawa kpd kematian. masa ni lah scene2 yg sedih yg rasanya akan membuat korg menangis. Adam semakin sakit, nur seperti tidak mahu merelakn kepergian Adam. pada masa yg sama Nur didapati mengandung lagi. pada suatu hari, tiba2 adam seperti tiba2 saja sakit kuat dan hendak nazak. pada masa yg sama Aidil yg melalui d satu lorong bawah tanah, dia telah d pukul oleh bdk2 samseng (aq x nak jelaskn knapa, so korg mesti tgk sdiri). masa ni memang sedih sekali.
ending cerita, (nak spoil sket). Adam dah x da, Aidil ckp dgn Nur "selagi abg masih hidup.abg akan sentiasa berada di sisi Nur." "Bila malaikat maut datang menjemput, terputuslah amalan anak adam kecuali..ilmu bermanafaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh..."
HUH~ so konklusinya... film Nur Kasih ni memang TERBAIKK!!! kita bleh tgk dari segi pencahayan,scene,susunan,sudut2 kamera dan runut bunyinya. film ni mcm puzzle, agak memeningkn sbb korg mesti faham sdiri cerita ni dan susun babak2 yg d pisah2kn. tp syg, perjalanan film ni agak perlahan dan membuatkn penonton bosan dan tertunggu2. tp x sgka, yg aq pun akan menjatuhkn air mata masa menonton film ini.(time tgh2 cerita jak) Aripin pun mcm tu juga. katanya scene masa Mak Jah dgn Adam yg buat dia tersentuh. scene yg buatkn aq sebak dan menyebabkn mata berair(sbb sejuk dlm aircond.lol) ialah masa Adam dan Nur tgh berdiri d tgh rumah mereka. Nur hendak ke dapur. masa tu Adam tgh sakit, kemudian Adam ckp dgn Nur, "masa abg dah nak sampai, nur relakn abng pergi" (lebih krg cam tu la).. kemudian Nur jawab. "Nur belum bersedia lagi". then nangis2... satu babak yg sedih masa Adam dan Nur di bilik. Nur ckp "abg x bleh tinggalkn Nur, kalau abg x bleh buat utk Nur, abg buat la untuk bayi kita".. uwaaa... cedih.. sowt2
ok la.. sampai d sini saja aq mau berjiwang2... yg lum tgk nur kasih tu pergi la tgk ya. yg kata nur kasih ni jiwang la,taik2 la,low class la..korg mmg so dem! sesungguhnya mereka tu tergolong dlm orang2 yg berjiwa batu. cerita ni lebih kpd pengorbanan,perpisahan dan sabar menghadapi ujian Allah. sarat dgn pengajaran yg boleh d ambil. macik sblh aq pown nangis tgk cerita ni. huh~
No comments:
Post a Comment
~KOMEN BUDAK BAIK~