Dugaan datang bersama hikmah..
itu yg selalu aq pegangkn dlm diri aq..
pada 28 ogos bersamaan 28 Ramadhan yg lepas..
ayah q telah pergi menghadap Ilahi
ternyata Tuhan lebih menyayanginya...
sudah 3 tahun arwah menghidap penyakit yg kronik..
arwah menghidap penyakit kencing manis & darah tinggi.
pada hujung tahun 2009, mata arwah rosak dan tidak boleh melihat seperti biasa lagi..
segala ikhtiar telah d buat dan pada tahun 2010 arwah disahkan menghidap penyakit buah pinggang.
bermacam pembedahan telah d lakukan... semenjak itu keluarga kami harus menanggung
kos perubatan yg tinggi..
3 kali seminggu arwah akan menjalankan haemodialysis d hospital Likas utk mencuci buah pinggangnya..
penyakit ini berpunca drpd pengambilan makanan segera seperti maggi,pengambilan panadol dan minuman manis yg berlebihan..
kemudian arwah didapati menghidap penyakit jantung.
pada awal tahun ini, arwah telah menjalani pembedahan di IJN
Alhamdulillah, walaupun doktor ckp kesuksesan pembedahan itu hanya sedikit
namun umur arwah ternyata masih panjang..
semasa bulan puasa, arwah telah menggunakan wang bonus tahunannya utk mengubah suai rumah..
katanya pada raya ketiga arwah mahu semua saudara-mara kami berkumpul d rumah itu..
beberapa hari sebelum arwah meninggal..
dia ada menunjukkan beberapa tanda cuma kami sekeluarga yg tidak perasan..
arwah ada menyatakan bahawa dua-tiga hari sblm itu dia tidak sedap badan..
walaupun begitu dia masih tetap menjalankan ibadah puasa seperti biasa.
nasib baik juga aq sempat berbuka puasa bersama arwah dalam hari-hari terakhirnya..
pd masa yg sama, rakan2 ku yg mengajak utk berbuka d luar..
aq pown sda sampai d tmpt mereka...dn mrncg utk berbuka bersama
tapi time tu, hati aq maw sgt plg dan berbuka d rumah..
ternyata pilihan aq itu ndak sia-sia
pada hari arwah meninggal dia masih puasa seperti biasa.
pada petang itu arwah sempat lagi b'jln bersama ibu q ke servey
utk membeli lampu kelip2 utk d psg time raya nanti..
pd malam itu arwah tidur awal.. kira2 jam 7:30.
pd masa itu aq jga pergi ke masjid utk menunaikan solat terawih..
selepas selesai solat terawih 8 rakaat, aq pun plg ke rumah..
aq melihat jiran dpn ku sudah berkumpul d rumahku..
aq bergegas masuk ke dalam rumah..
aq melihat ibu aq menangis..
ayahku terbujur kaku d dlm bilik. tdk sedarkn diri
kemudian kami membawa ayah ke hospital likas yg dekat
dlm perjalanan ibuku tdk berhenti-henti istighfar & berzikir...
kemudian ayah d bawa ke wad kecemasan..
kemudian makcik aq dtg...
kami sekeluarga berdoa...
aq cuma berdoa.. berharap bukan ini masanya..
bukan tahun ini..
bukan time2 mw raya sehari lagi ni..
pada jam 9:50malam.. doktor beritahu kami..
jantung arwah mmg sdah berhenti berdenyut sblm sampai d hospital lagi
sudah hampir 50 minit mereka cuba memberi bantuan pernafasan
tp tdk apa-apa berlaku..
kemudian doktor memberitahu arwah disahkan meninggal dunia..
aq berjalan menuju ke katil arwah.. memohon ampun & maaf..
tp tidak ada guna.. semuanya sda terlambat..
ibu dan kakak aq berpelukan..
masa tu... hujan pun turun renyai.. suasana sejuk..
hujan yg turun bersama air mata..
hujan yg turun bersama air mata..
kemudian saudara-maraku yg lain jga sampai..
aq d bwa ke balai polis berdekatan utk memaklumkn kpd
balai tmpt kerja ayahku..
kemudian kereta polis pun sampai bersama ven jenazah..
kami plg semula ke rumah utk membawa semua pakaian..
sebab jenazah arwah akan d bawa ke kampung d Kota Belud.
ibu dan kakak aq menaiki ven jenazah..
aq pula menaiki kereta polis dan menjadi penunjuk jln ke kampung aq..
byk kereta polis yg mengiringi perjalanan kami..
saudara-maraku pun mengikut ven jenazah dri blkg..
d dlm kereta.. aq menelefon stu2 nya kwn yg aq rapat, Ayu@Niesa utk memaklumkn berita ini kpd rakan2
dn sedekah al-fatihah kpd arwah..
kemudian bertubi-tubi sms masuk ke dalam inbox enfon.. lebih krg pukul 12 mlm.
org pertama yg menelefon ialah kwnku Fikri.. kemudian, Hasanal & Heng pun call.
kata2 smgt d berikan.. emosi aq pun tenang..
membaca sms drpd rakan2...
kemudian kami pown slmt sampai ke kampung..
ramai saudara-mara yg menunggu..
kemah sudah pown d pasang..
jenazah d bawa masuk ke dlm rumah nenek..
nenek aq menangis...
pd keesokan harinya..
setelah selesai memandikan jenazah,mengkapankn dan menyembahygkn..
arwah selamat d kebumikan d tanah perkuburan Islam taun gusi pd 11 pagi..
hari terakhir puasa, merupakan hari terakhir aq melihat wajah seorg ayah..
bagaimanakah hari esok? apakah makna lebaran?
sungguh hebat dugaan ini... sesungguhnya Allah maha kuasa
sungguh aq merelakan kepergian arwah.
arwah sudah lama menderita.
tiada satu hari pun yg arwah tidak merasa sakit.
kini, tulang belakang keluarga sudah tiada.
aq lah yg harus menjaga ibu & kakakku
ternyata tanggungjawab ini amat berat buatku..
kuatkah? itu saja yg bermain d dlm fikiran..
peperiksaan SPM semakin hampir..
dan aku tak nak kecundang..
kini aq lah harapan keluarga..
Ismail Bin Abang Masi
~dalam kenangan~
Al-fatihah.
ReplyDeleteSabar farhan. Allah tahu kau mmpu handle ujian nie. Sebab tu dea bg kau ujian nie.
al-fatihah.
ReplyDeletesabar arh ..
smoga allah mnmpatkan arwah ini d tmpt org2 yg briman .. amiin..